Polis Siasat 3 Video Tular Hina Pemimpin, Kerajaan & Salah Guna Lambang Diraja

Difahamkan, ketiga-tiga kes terbabit melibatkan individu berbeza dengan isu yang juga berbeza.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat tiga video tular di TikTok yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap kerajaan, pemimpin negara, serta penyalahgunaan lambang diraja

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kes-kes ini melibatkan kandungan yang berpotensi mencetuskan hasutan, penghinaan, dan permusuhan dalam masyarakat.

Beliau menjelaskan ketiga-tiga kes terbabit melibatkan individu berbeza dengan isu yang juga berbeza.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Tiga kes berbeza yang disiasat

Menurutnya, kes pertama melibatkan seorang bekas penjawat awam menggunakan akaun TikTok @zamanharris82 yang membuat komen berunsur hasutan.

"Kes kedua pula membabitkan hantaran pengguna akaun @no.wad yang mempertikai tindakan kerajaan dalam menangani insiden di Kampung Sungai Baru, dipercayai boleh mencetuskan permusuhan antara kumpulan dalam negara.

"Kes ketiga pula membabitkan penularan video memaparkan sebuah keluarga berpakaian serba kuning dan bertengkolok seperti gaya istiadat kerabat diraja dalam majlis aqiqah yang dipercayai menyalahgunakan lambang diraja,"
katanya.

Ketiga-tiga kes itu disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang, antaranya:

  1. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
  2. Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948
  3. Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama 1963
  4. Seksyen 505(b) dan 505(c) Kanun Keseksaan

"PDRM tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit. Orang ramai dinasihatkan berhemah serta bertanggungjawab ketika mengeluarkan sebarang kenyataan di ruang awam mahupun media sosial," katanya lagi.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: