Polis Indonesia Bongkar Kejadian Bayi-Bayi Diikat Kaki & Hanya Pakai Lampin Di Satu Pusat Asuhan

Difahamkan, seramai 53 bayi dijumpai didera dan diabaikan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kompas & X
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis di Yogyarkarta, Indonesia telah membongkar satu pusat penjagaan kanak-kanak yang bertindak mengikat kaki kanak-kanak dan dibiar terbaring di Daycare Little Aresha

Menurut laporan dari Kompas, ketua yayasan sekolah itu telah memerintahkan tindakan berkenaan kepada para pengasuh.

Menurut Ketua Polis Yogyakarta, Rizky Adrian mengatakan, ini adalah rutin pusat penjagaan tersebut dan mereka telah bertindak untuk menyerbu pusat jagaan itu pada Jumaat lepas.

"Selain itu juga, pengasuh menyampaikan perkara ini telah menjadi turun-temurun. Ini bermakna perkara ini telah disampaikan kepada semua pekerja-pekerja di pusat asuhan tersebut," katanya.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan satu serbuan dilakukan dan pihak penguatkuasa telah menjumpai banyak bayi-bayi telah diikat kaki mereka, malah ada yang tidur tidak sedar ketika serbuan berlaku.

SAYS.com

Kejadian ketika serbuan berlaku.

Image via X

Pusat asuhan itu mempunyai 103 kanak-kanak dan lebih kurang 53 kanak-kanak adalah mangsa pengabaian dan penderaan ini.

Semua ini bermula apabila salah seorang bekas bekerja pusat asuhan itu telah membuat laporan polis.

Satu bilik kecil bersaiz 3m lebar telah meletakkan lebih 20 kanak-kanak di dalamnya.

SAYS.com
Image via Kompas

Pusat asuhan itu mempunyai 1 pengasuh untuk 10 bayi

Dalam operasi Daycare Little Arisha, nisbah pengasuh dan penjaga juga tidak mengikut piaiwaian di mana satu pengasuh perlu menjaga 10 orang bayi.

"Mereka telah menghadapi masalah untuk memandikan, memakai baju sehingga diperintahkan membuat perkara tidak berperikemanusiaan ini," jelas Rizky.

Gaji mereka juga hanya bermula dari Rupiah 1.8 (RM 413) juta hingga Rupiah 2.4 juta (RM550) sahaja. Manakala yuran bulanan untuk ibu bapa bermula dengan Rupiah 1 juta (RM228) hingga Rupiah 1.8 juta (RM413).

Pusat asuhan itu berjaya menutup kejahatan mereka – Ibu bapa

Berdasarkan laporan dari BBC, seorang bapa mangsa telah menghantar dua anaknya ke pusat asuhan tersebut.

Menurut Noorman, Little Aresha mempunyai penjenamaan yang sangat baik.

"Fasiliti dan aktiviti yang akan diberikan kepada anak termasuk bilik dengan penghawa dingin, katil, makan tengahhari dan pelbagai aktiviti bermain. Sebab itu saya sangat tertarik kepada Little Aresha," kata Noorman.

Dia telah menghantar anak perempuan dua tahun bermula pada tahun 2022 dan anak lelakinya pada tahun 2024.

SAYS.com
Image via BBC Indonesian / Andri Prasetiyo

"Disebalik semua ini, kami tidak menyangka kanak-kanak di pusat asuhan ini akan dibuat sebegitu sekali," katanya lagi.

Budiyanto, seorang lagi ibu bapa mangsa, mengatakan dia telah menghantar anak satu tahun setengah ke situ tahun lepas dan menjumpai anaknya sering mempunyai kecederaan ringan, lebam-lebam dan bengkak di dahi dan pipi.

Apabila ditanya pihak pusat asuhan mengatakan anak-anak mereka cedera di rumah bukan di pusat itu atau telah digigit oleh kanak-kanak lain.

Noorman juga sedar anak-anaknya sentiasa lapar, walaupun dia telah membawa bekalan makan tengahhari. Anaknya juga sukar untuk naik berat.

"Setiap hari pulang ke rumah, anaknya akan sentiasa mengadu dia lapar dan meminta air dan susu," ujar Noorman ketika temubual BBC.

Noorman dan isteri berharap pusat ini akan disiasat dan menerima hukuman paling maksiba meraka mendera.

Seorang ibu bernama Erika Rismay juga telah menghantar anaknya ke pusat yang sama. Dalam video itu Erika bertanya kepada anaknya mengapa mulutnya ditutup.

"Supaya saya tidak nangis. Jadi Ibu tidak akan dengar saya nangis," kata anaknya kepada Erika.

"Ya Allah, anakku, maafkan lah ibu. Tidak hairan lah setiap hari pulang dari sekolah awak akan menangis teresak-esak, apabila pulang awak senyap dan sentiasa termenung seperti dipukau," tambah Erika lagi.

Orang awam marah dengan kejadian tidak berperikemanusiaan terbabit

Perkara itu telah membuat ramai orang awam di Indonesia malah di serata dunia marah dengan kejadian tersebut. Video bayi-bayi terikat juga telah tersebar di serata media sosial menunjukkan situasi serbuan yang berlaku.

Ramai mengatakan pemilik dan pengasuh-pengasuh ini perlu menjalani hukuman yang berat.

Penguatkuasa Indonesia kini telah mereman 13 orang termasuk pengetua pusat asuhan serta pengasuh lain atas tuduhan melanggar akta kanak-kanak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: