Polis Dedah Banyak Bertanya Punca ‘Scammer’ Batal Niat Untuk Menipu Mangsa

Soal banyak dan cakap banyak buat scammer batal niat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sin Chew & Community First
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Scammer akan menipu menggunakan pelbagai cara bagi menakutkkan mangsa supaya mereka lebih mudah ditipu

Dilaporkan di Sin Chew, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, DSP Pang Meng Tuck mengatakan scammer lebih cenderung membatalkan niat menipu jika individu yang ditelefon bertanya banyak soalan sehingga sukar untuk dikendalikan.

Perkara ini telah dikongsikan beliau dalam satu forum pencegahan penipuan yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang Sabtu lepas.

Scammer sukar memperdaya mereka yang membalas dengan soalan tertubi-tubi

DSP Pang memberitahu bahawa kenyataan ini dibuat selepas hasil temu bual dengan seorang scammer yang telah ditangkap dan mereka mendapati sukar untuk memperdaya mangsa yang terlalu banyak bersoal.

SAYS.com

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, DSP Pang Meng Tuck

Image via Sin Chew

Menurut scammer itu, bangsa India di Malaysia paling sukar untuk ditipu.

"Sebagai contoh, katakan seorang scammer cuma untuk meyakinkan mangsa berbangsa India mengenai penculikan yang tidak pernah berlaku. Mangsa akan bertanya, "Siapa diculik? Dimana? Bila? Mengapa?

"Soalan-soalan ini akan terus ditujukan sehingga scammer tersebut putus asa,"
katanya.

Menurut data yang dikumpul oleh polis di Pulau Pinang tahun lepas, menunjukkan bilangan kes bagi kawasan-kawasan di sana.

SAYS.com
Image via Sin Chew

Wanita mendominasi mangsa scammer hantar barang

Menurut DPS Pang juga, bagi penipuan bungkusan cinta (romance parcel scam) data 2024 menunjukkan 57 wanita ditipu berbanding hanya 17 mangsa lelaki.

Jurang perbezaan ini adalah kerana ramai lelaki malu untuk membuat laporan mengenai kes ini.

Mangsa penipuan bungkusan cinta selalunya berkongsi dua ciri iaitu tamak atau kesunyian.

Beliau juga mengatakan terdapat dua kes dimana seorang jururawat telah ditipu sebanyak RM30,000 oleh seorang 'teman lelaki' atas talian dari satu platform dating popular. Satu lagi kes melibatkan adik kepada rakannya yang kehilangan hampir RM1 juta kepada pasangan baharu ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: