PMX Umum Suntikan Dana Sebanyak RM100,000 Buat Program RXZ Members 7.0 Pada 23 Ogos Ini

Beliau menegaskan kerajaan akan terus menyokong inisiatif masyarakat yang membawa manfaat bersama.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Madani mengiktiraf peranan komuniti permotoran sebagai wadah yang menyemarakkan semangat kebersamaan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat

Menerusi laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif dan kegiatan yang dijalankan komuniti tersebut turut dilihat sebagai pemangkin penting kepada pembangunan ekonomi setempat, khususnya melalui penganjuran pelbagai program dan aktiviti berimpak tinggi.

"Sehubungan itu, saya menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang akan berlangsung pada 23 Ogos ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.

"Program ini menjadi platform utama menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

SAYS.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Image via Sinar Harian

Peruntukan awal RM100,000 sebagai tanda komitmen dalam menjayakan program

Dalam pada itu, beliau memberitahu bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang program, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan memberi bantuan serta kawalan sewajarnya.

"Kerajaan Madani juga akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada peserta sebagai tanda komitmen dalam menjayakan program berkenaan, manakala perbincangan lanjut bersama penganjur akan diadakan minggu hadapan," katanya.

Anwar menegaskan bahawa selaras dengan tekad Kerajaan Madani untuk memastikan kesejahteraan rakyat, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua peserta dan penganjur mematuhi peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertanggungjawab serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harapan Madani

"Dalam semangat Bulan Kemerdekaan, saya turut mengajak semua peserta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan serta kecintaan kepada tanah air.

"Semoga program ini bukan sahaja menjadi wadah permotoran yang positif tetapi juga medan memperkukuh perpaduan nasional dan semangat patriotisme rakyat Malaysia," katanya.

Beliau turut menekankan komitmen kerajaan untuk terus menyokong inisiatif masyarakat yang memberi manfaat bersama, memperkukuh perpaduan serta membina budaya permotoran yang positif, selamat dan berdaya maju demi kemakmuran negara.

SAYS.com
Image via Facebook

Dalam pada itu, RXZ Members menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025 pada kali ini

Dalam hantaran di Facebook, RXZ Members menganggap peruntukan yang diberikan merupakan penghargaan terbesar buat komuniti itu.

"Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana titipkan ucapan dengan menyokong penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025 pada kali ini.

"Alhamdulillah, terima kasih PMX dan Kerajaan Madani menghargai kami komuniti RXZ Members serta juga warga permotoran lain di Malaysia secara ammnya. Inilah ada satu penghargaan yang besar untuk kami," katanya.

RXZ Members juga berharap program yang akan berjalan pada 23 Ogos ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu dipermudahkan dan dilancarkan urusan

"Insya Allah, kita semua doakan program ini dipermudah dan dilancarkan urusan dan juga semua 'rider' yang hadir selamat sampai di RXZ Members 7.0 2025. Apa-apa pun luncur," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: