PMX Umum Harga Petrol RON95 Turun Kepada RM1.99 Seliter Untuk Rakyat Malaysia
Mereka yang tidak layak seperti warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi.
Cover image via Anwar Ibrahim (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat kepada RM1.99 seliter menjelang September ini
Beliau berkata, rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.
"Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.
"Pada masa yang sama, mereka yang tidak layak seperti warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi.
"Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi. Ia tidak melibatkan orang asing hanya untuk warganegara Malaysia," katanya dalam pengumuman khas hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September depan
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas.
"Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.
"Sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



