PMX Umum 125,000 Penjawat Awam Gred 1 Dinaikkan Ke Gred 5 Mulai Januari 2027
Anwar berkata, kumpulan berkenaan juga perlu mengikuti kursus pendek selama dua minggu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjelang Januari 2027, seramai 125,000 penjawat awam dalam kalangan Pembantu Tadbir, Perkeranian, dan Kewangan yang berada di Gred 1 bakal menikmati kenaikan pangkat ke Gred 5
Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa anjakan gred perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan dilaksanakan secara berperingkat.
Menurut beliau, perincian mengenai pelaksanaan SSPA tersebut telah dibincangkan secara mendalam dalam satu mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz
"Bagi menambah baik peluang laluan kerja, saya minta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk sediakan laluan kenaikan gred daripada Gred 1 naik ke Gred 5.
"Ini untuk 125,000 orang Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Kewangan," katanya pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianPerlu mengikuti kursus pendek selama dua minggu
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa walaupun pelarasan gaji dilakukan melalui SSPA, kerajaan melihat adanya keperluan mendesak untuk membela nasib penjawat awam dalam kategori gred yang terlalu rendah dengan meningkatkan gred perkhidmatan mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan bahawa kumpulan penjawat awam yang terlibat dikehendaki menjalani kursus pendek selama dua minggu sebagai sebahagian daripada proses peralihan tersebut.
"Itu JPA sedang uruskan cadangan ini. Syaratnya itu supaya kita nak pastikan dia ikuti perkembangan kelayakannya sedikit pendedahan tentang Teknologi Maklumat (IT), itu saja.
"Jadi saya ucap tahniah kepada mereka dan kita cuba jalankan dan laksanakan pada tahun ini juga.
"Maknanya dalam tempoh enam bulan, KSN maklumkan kita boleh selesaikan kursus bagi 125,000 ini dan supaya kita laksanakan selewat-lewatnya 1 Januari tahun depan kenaikan pangkat ini," katanya.
Dalam pada itu, Tan Sri Shamsul Azri yang ditemui selepas selesainya majlis berkenaan menjelaskan bahawa inisiatif tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan untuk menambah baik pelaksanaan SSPA.
"Syarat utama mereka perlu menjalani kursus… ada syarat dia nanti.
"Kita akan mulakan Januari 2027 jadi dalam tempoh enam bulan ini kita akan memperincikan syarat-syarat mengikut keperluannya," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Image via Mohd Fadli Hamzah/ Harian MetroLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 