PMX Tersenarai Antara 10 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Dunia, Atasi Presiden Indonesia & Mesir
Bangga dengan PMX! Moga beliau dapat terus harumkan nama Malaysia di persada dunia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila beliau dinamakan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 dunia dalam edisi 2026 buku The World's 500 Most Influential Muslims yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC), Jordan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image via Air Times News NetworkMenurut laporan Sinar Harian, Kedudukan terbaharu ini menandakan lonjakan lima anak tangga berbanding tahun lalu, apabila Anwar berada di tempat ke-15 dalam senarai sama yang menunjukkan pengiktirafan global terhadap gaya kepimpinan dan pengaruh diplomatiknya di dunia Islam.
Antara nama besar lain dalam senarai itu termasuk Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang menduduki tempat pertama, Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud (ke-8) dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto (ke-15).
Menariknya, PMX turut berada di tangga ke-7 dalam kategori pemimpin Islam dan ahli politik paling berpengaruh di dunia, mengatasi beberapa tokoh besar seperti Prabowo (ke-10) dan Presiden Mesir Abdel Fattah Saeed Al-Sisi (ke-13).
Menurut RISSC, penilaian dibuat berdasarkan sejauh mana tokoh mampu membawa perubahan besar kepada dunia Islam sama ada dari segi budaya, politik, kewangan, atau sosial dengan impak yang dilihat sebagai signifikan dalam kalangan umat Islam

Dalam penerbitan itu, PMX digambarkan sebagai pemimpin yang memainkan peranan penting dalam diplomasi serantau, termasuk membantu meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja selepas insiden pertempuran sempadan.
RISSC turut menekankan pendirian tegas Anwar dalam isu Palestin, apabila beliau secara terbuka menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengkritik keras tindakan Israel.
Penerbitan itu turut menyebut insiden apabila catatan Anwar di media sosial menzahirkan takziah atas kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang dipadam oleh Meta.
"Catatan beliau di media sosial yang menzahirkan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh telah dipadam, mendorong beliau menyatakan: Biarlah ini menjadi mesej jelas dan tegas kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai alat rejim Zionis Israel yang menindas," menurut penerbitan berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 