PMX Tegur Kos Bercuti Di Langkawi Sepatutnya Lebih Murah Dari Negara Jiran
Setuju dengan PMX!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menegur kos percutian di Langkawi yang kini dikatakan terlalu tinggi sehingga menjejaskan minat rakyat tempatan untuk melancong ke pulau itu
Menurut laporan Free Malaysia Today, beliau telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk mencari jalan bagi menurunkan kos pelancongan di destinasi ikonik tersebut.
Menurutnya, dua pengerusi bersama LADA iaitu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah diminta berbincang mengenai langkah-langkah yang boleh menjadikan percutian di Langkawi lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia.
"LADA akan mencari cara untuk mengurangkan kos percutian di Langkawi kerana pulau itu tidak akan menarik ramai pelancong jika kos bercuti di sana terlalu tinggi," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image via Utusan MalaysiaPMX turut menegaskan bahawa dari segi keindahan alam semula jadi, Langkawi tidak kalah dengan destinasi luar seperti Phuket, malah menawarkan pantai lebih bersih dan pemandangan yang lebih memukau

Namun begitu, harga yang melambung tinggi kini menyebabkan ramai rakyat berfikir dua kali untuk bercuti di dalam negara.
Dalam pada itu, kerajaan akan meneliti pelbagai langkah bagi memastikan percutian domestik lebih menarik dan berpatutan, sekali gus menggalakkan rakyat menyokong industri pelancongan tempatan.
Kenyataan itu dibuat susulan pertanyaan Ahli Parlimen Tebrau (PH), Jimmy Puah, yang membangkitkan isu peningkatan rakyat Malaysia bercuti ke luar negara terutamanya ke Thailand semasa cuti panjang.
Terdahulu, dilaporkan hampir 200,000 rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM50 juta untuk membeli-belah dan aktiviti rekreasi di selatan Thailand sempena cuti Hari Malaysia bulan lalu.
Langkah tersebut dijangka menjadi isyarat penting kepada agensi pelancongan, pengusaha hotel dan penyedia perkhidmatan di Langkawi agar menilai semula harga dan strategi promosi mereka supaya pulau legenda itu kembali menjadi pilihan utama rakyat sendiri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 