PMX Setuju Cadangan Hukuman Rotan Dikembalikan Di Sekolah, Tetapi Dengan ‘Syarat Ketat’
Difahamkan, langkah itu bertujuan untuk memulihkan semula disiplin pelajar yang semakin membimbangkan.
Cover image via BERNAMA & Kosmo!Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) bersetuju dengan cadangan untuk mengembalikan hukuman rotan di sekolah, namun menegaskan pelaksanaannya perlu disertai garis panduan ketat supaya tidak disalahgunakan
Menurut laporan Kosmo!, PMX yang juga merupakan bekas guru, berkata beliau menyokong langkah itu berdasarkan pengalaman peribadinya mendidik pelajar pada masa lalu.
"Saya pernah jadi guru dan saya ingat puluhan anak-anak saya dah rotan di tangan. Tentunya tidak teruk sangat sehingga nampak seperti penderaan," katanya.
Menurut beliau, tujuan hukuman rotan bukan untuk mendera, tetapi sebagai satu bentuk pendekatan disiplin yang terkawal seperti yang pernah diamalkan oleh guru-guru terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image via BERNAMAHanya guru tertentu, di tempat tertutup
PMX menjelaskan bahawa sekiranya hukuman itu dikembalikan, ia hanya boleh dilaksanakan oleh guru tertentu di bilik khas (bilik disiplin), bukan di hadapan umum.
Selain itu, jumlah rotan juga perlu ditetapkan dengan had maksimum agar tidak berlebihan.
"Ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang kerana kenakalan itu perkara biasa. Tapi kalau melanggar peraturan secara berlebihan, mesti ada hukuman," ujarnya.
Beliau turut mengakui bahawa ada pihak, termasuk kumpulan hak asasi manusia yang menganggap hukuman rotan sebagai satu bentuk penderaan terhadap kanak-kanak.
Namun begitu, beliau menjelaskan ramai pendidik dan ibu bapa percaya langkah itu masih diperlukan untuk memulihkan semula disiplin pelajar yang semakin membimbangkan.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan melalui libat urus bersama semua pihak, termasuk Kementerian Pendidikan, sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



