“Pizza AI Ke Ni?” – Pembeli Luah Rasa Kecewa Dengan Makanan Yang Dijual Peniaga Jalanan
Peniaga jujur, pembeli syukur. Jangan sampai niat murni pelanggan nak bantu peniaga lokal berakhir dengan rasa serik dan teraniaya.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Trend menyokong peniaga kecil atau "support lokal" kini menjadi budaya positif dalam kalangan masyarakat yang sedar akan jerih payah pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mencari rezeki
Ramai sanggup beratur panjang di gerai-gerai jalanan semata-mata mahu membantu menstabilkan ekonomi peniaga bumiputera agar mereka mampu terus bertahan dan mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
Namun, di sebalik niat murni untuk membantu usahawan marhaen ini, seorang pembeli baru-baru ini meluahkan rasa terkilan melalui satu perkongsian di aplikasi Threads.


Terkejut lihat rupa pizza yang diterima
Menerusi satu perkongsian yang tular di aplikasi Threads, seorang pembeli meluahkan rasa terkilan apabila kualiti serta rupa fizikal pizza jalanan yang dibelinya ternyata "jauh panggang dari api" berbanding jangkaan awal.
Kekecewaan tersebut timbul kerana niat murninya untuk menyokong peniaga kecil akhirnya dibalas dengan produk yang dianggap tidak setimpal dengan nilai wang yang dibelanjakan.
"Kita ni niat nak bantu peniaga jalanan. Tapi janganlah jual piza harga RM19.90 macam ni bang. Niaya kat orang," tulisnya.
Perkongsian ini secara tidak langsung memberi peringatan bahawa sokongan moral daripada masyarakat perlulah diiringi dengan kualiti produk yang jujur agar tidak mengundang rasa serik dalam kalangan pembeli.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



