“Pinjam Duit Mak Ayah, Jangan Buat Senyap” – Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Difahamkan, hutang meminjam duit ibu bapa wajib dibayar.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) memesan anak yang meminjam duit daripada ibu bapa hutang tersebut wajib dibayar

UAI memesan meminjam duit ibu bapa sehingga kedua-dua mereka telah meninggal dunia, hutang tersebut perlu dibayar dan wang itu akan difaraidkan dan dibahagikan kepada adik-beradik yang lain termasuk dirinya sendiri.

Menurut laporan dari Kosmo, Pendakwah bebas, UAI berkata, hutang kepada ibu bapa tetap perlu dijelaskan pinjaman berkenaan, melainkan dihalalkan oleh orang tuanya.

Hutang kepada ibu bapa wajib dibayar, jika sudah meninggal jadi faraid

"Pinjam duit dengan mak ayah tak bayar sampai mati dan tak ada pun si mati atau tuan hutang menghalalkannya, wajib dibayar. Jadilah faraid, yang berhutang pun dapat bahagian." jelasnya.

Sebagai contoh, seorang anak itu telah meminjam RM1,000 dengan ibunya tetapi apabila ibunya meninggal, RM1,000 itu akan termasuk dalam harta peniggalan si mati. RM1,000 akan difaraidkan.

SAYS.com
Image via Oh My Media

"Tapi (contoh) ayah kata hutang RM1,000 halal, tak jadilah. Selesai masalah (hutang)," katanya menerusi satu video dari sesi ceramah beliau.

Beliau juga turut memesan dan menasihatkan anak-anak yang berhutang dengan ibu bapa mereka untuk peka dengan perkara berkenaan.

"Banyak berlaku, pinjam RM3,000, RM4,000 dengan mak. Adik-beradik tak tahu, dia buat senyap. Bila buat senyap, makan harta cara batil." tambah beliau lagi.

"Kiri kanan (malaikat) tahu, Allah tahu. Pinjam kena pulang balik. Jaga-jagalah, walaupun mak ayah kita, jangan buat senyap gitu, pulang balik (hutang)," pesan beliau.

@annarazaly Ramai yang hutang dengan arwah mak ayah tapi wak senyap je. Maka makan lah duit itu secara batil. #hutang #anak #ibu #ayah #dosa ♬ original sound – ๛ 𝒜𝓃𝓃𝒶 𝑅𝒶𝓏𝒶𝓁𝒾 ᥫ᭡

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: