“Pilih Je Nak Warna Apa” – Tudung Boleh Tukar Warna Curi Perhatian Ramai

Perubahan warna itu boleh dikawal dengan mudah melalui aplikasi di telefon bimbit.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, pada masa kini terdapat pelbagai pilihan tudung yang dijual di pasaran

Daripada variasi warna sehinggalah kepada rekaan yang unik dan moden, semuanya ditawarkan bagi memenuhi cita rasa wanita yang semakin kreatif dalam bergaya.

Namun, perkembangan fesyen tidak terhenti di situ sahaja. Dengan kemajuan teknologi, kini muncul pula inovasi baharu yang menggabungkan elemen fesyen dan teknologi dalam satu rekaan yang menarik perhatian ramai.

SAYS.com
Image via @aiszzyelectronics (Instagram)

Warna tersebut boleh dikawal dengan mudah hanya melalui aplikasi telefon bimbit

Baru-baru ini, seorang individu menerusi hantaran di Instagram @aiszzyacademy berkongsi mengenai satu rekaan tudung yang cukup unik.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita mempamerkan tudung berkenaan pada sebuah patung mannequin.

Apa yang mencuri perhatian ialah tudung tersebut dilihat mampu bertukar kepada pelbagai warna hanya dalam beberapa saat. Menariknya, perubahan warna itu boleh dikawal dengan mudah melalui aplikasi di telefon bimbit.

Ini bermakna pemakai boleh menukar warna tudung mengikut kesesuaian pakaian atau situasi hanya dengan beberapa sentuhan pada telefon. Konsep ini sekali gus menawarkan fleksibiliti kepada pengguna tanpa perlu memiliki banyak tudung dengan warna berbeza.

Perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata warganet menyatakan rasa kagum dengan idea tersebut kerana ia bukan sahaja unik, malah memberi dimensi baharu kepada dunia fesyen tudung.

Inovasi seperti ini juga menunjukkan bagaimana teknologi semakin memainkan peranan dalam industri fesyen, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak rekaan kreatif pada masa hadapan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik