PHM Dedah 9 Barang Scam Popular Di Malaysia – Ramai Dah Jadi Mangsa!

Mesti ramai yang pernah beli barangan ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Shopee
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada zaman ini, membeli barangan secara online yang semakin mudah dan cepat

Malah, rakyat Malaysia semakin terdedah dengan produk-produk scam yang dipromosikan secara agresif di media sosial.

Ada yang dijual sebagai penawar 'ajaib', tak kurang juga produk kesihatan dan kecantikan yang kononnya lulus pakar walhal tiada kelulusan langsung dari pihak berkuasa.

Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini mendedahkan senarai 9 produk scam yang masih berleluasa di pasaran, dan ramai pengguna tak sedar mereka dah jadi mangsa.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Inspirasi

Dedah kebanyakan produk dijual dengan 'janji manis' dan testimoni indah

Menerusi perkongsian di Facebook Public Health Malaysia, mereka berkongsi senarai sembilan produk popular yang sering dibeli orang ramai, namun sebenarnya tidak berkesan dan berisiko menipu pengguna.

Antara produk yang tersenarai termasuklah:

  1. pad jimat minyak
  2. gelang magnetik
  3. bengkung premium
  4. jus sunnah premium
  5. kad jimat minyak
  6. plug jimat elektrik
  7. titik mata 'hijrah'
  8. selimut terapi
  9. ubat tambah tinggi

Menurut PHM, ramai yang menjadi mangsa kerana hanya ingin sihat, sembuh, atau berjimat, namun akhirnya terpedaya dengan produk yang tidak terbukti secara saintifik.

"Ramai yang jadi mangsa. Kita cuma mahu sihat. Mahu sembuh. Mahu jimat.Tapi satu je pesannya. Jangan tertipu berulang kali." tulis dalam perkongsian itu.

SAYS.com
Image via Public Health Malaysia (Facebook)

Kalau sesuatu produk kedengaran terlalu bagus untuk jadi kenyataan. Besar kemungkinan ia memang palsu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik