Petua Pelik Rawat Kanser Guna Air Rebus Paku & Najis Burung Merpati Dibongkar FOCCAN
Difahamkan, kepercayaan sedemikian masih wujud dalam kalangan segelintir masyarakat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam dunia moden yang penuh dengan kemajuan perubatan, masih ada segelintir masyarakat yang percaya pada kaedah tradisional pelik untuk merawat kanser
Menerusi laporan Berita Harian, antara rawatan yang digunakan adalah dengan minum air rebusan paku dan menggunakan najis burung merpati.
Presiden Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib, berkata amalan sebegitu masih wujud sehingga hari ini, terutama apabila pesakit baru didiagnosis pada peringkat awal.
"Bila penyakit masih di awal, mereka percaya petua tradisional boleh membantu. Tapi bila dah melarat ke tahap kritikal, barulah pesakit dibawa ke hospital. Sayangnya, pada ketika itu rawatan moden seperti kemoterapi atau pembedahan selalunya tak lagi beri kesan optimum," jelasnya.

Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) Maznah Tayib (kanan).
Image via Berita HarianMasih ramai ibu bapa yang percayakan rawatan bomoh
Walaupun dunia perubatan semakin maju, masih ada segelintir masyarakat yang lebih mempercayai petua tradisional atau bomoh berbanding rawatan moden untuk merawat kanser dan kesannya sangat membimbangkan.
Presiden Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib, berkata kebanyakan pesakit hanya dibawa ke hospital selepas penyakit sudah merebak ke tahap kritikal. Pada waktu itu, rawatan moden seperti kemoterapi atau pembedahan tidak lagi mampu memberikan hasil optimum.
"Ada ibu bapa percaya bomoh, petua atau sekadar beri anak makan sayur dengan alasan 'buang toksin'. Malangnya, anak jadi terlalu kurus, kurang zat dan badan tak cukup kuat untuk lalui rawatan moden seperti kemo atau radioterapi," katanya.
Antara kes yang pernah berlaku termasuk kanser tulang yang dikesan lewat hingga menyebabkan anggota badan perlu dipotong, serta kanser otak yang merosakkan fungsi motor pesakit.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sabah PostSejak Januari hingga Ogos tahun ini sahaja, FOCCAN menerima 48 kes baharu kanser kanak-kanak, lima kes kanser berulang, dan empat pesakit sedang menjalani transplantasi sumsum tulang. Kes terbaharu melibatkan seorang bayi berusia sebulan yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma.
Selain memberi motivasi, FOCCAN turut menyediakan sokongan moral dan emosi buat keluarga pesakit serta melaksanakan kempen kesedaran komuniti supaya kanak-kanak mendapat pemeriksaan kesihatan lebih awal.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen, menegaskan pemeriksaan berkala sangat penting untuk mengesan kanser lebih awal.
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 400,000 kanak-kanak dan remaja bawah 19 tahun menghidap kanser setiap tahun di seluruh dunia.
"Jika dikesan awal dan dirawat secara moden, survival rate kanak-kanak boleh mencecah 80 peratus. Tapi jika terlalu percaya pada petua karut atau bomoh, nyawa mereka yang jadi taruhan," jelasnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 