Petrosains Tawar Pengalaman Interaktif, Gabung STEM & Pelancongan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Peserta dibawa menikmati pengalaman di Petrosains, The Discovery Centre serta PETRONAS Twin Towers SkyXperience.
Cover image via Petrosains - The Discovery Centre (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Petrosains tampil dengan pendekatan lebih segar apabila membawa interaktif yang menggabungkan pembelajaran, teknologi dan penceritaan dalam satu platform menarik
Menerusi sesi libat urus media bertajuk 'A Memorable Experience with Petrosains', Petrosains Sdn. Bhd. menghimpunkan rakan media utama bagi memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan kandungan berteraskan pendidikan, selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menurut Pengarah Jabatan Hubungan Pihak Berkepentingan dan Komunikasi, Shamini Balan, peserta dibawa menikmati pengalaman di Petrosains, The Discovery Centre serta PETRONAS Twin Towers SkyXperience, yang kini berkembang daripada tarikan pelancongan biasa kepada pengalaman pembelajaran berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM).


Antara tarikan menarik termasuk Veloclimb di zon SPEED yang menawarkan aktiviti panjat interaktif dengan elemen digital, serta Hello AI di zon Sparkz yang memperkenalkan asas kecerdasan buatan secara santai dan mudah difahami.
Selain itu, Galeri Kelestarian turut mencuri perhatian menerusi zon seperti Ecofarm, Ecofood dan Ecohome yang memberi pendedahan tentang gaya hidup lestari termasuk pertanian bandar dan penggunaan sumber secara bijak



Pengalaman itu diakhiri dengan jamuan di Sky Café by Maja di Aras 83 Menara Berkembar PETRONAS, yang turut mencatat pengiktirafan dalam Malaysian Book of Records serta tersenarai dalam World Federation of Great Towers.
Dalam masa sama, Petrosains terus memperluaskan inisiatif seperti Tech4All, PlaySmart dan Discovery Rover ke Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang, bagi membawa pendidikan STEM kepada komuniti luar bandar.
Usaha ini dilihat mampu merapatkan jurang pendidikan dan membuka peluang pembelajaran lebih inklusif kepada generasi muda di seluruh negara.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



