Petronas Sahkan Akan Bantu Kerajaan Sedia Bekalan Minyak & Gas Sehingga Mei

Difahamkan, sejak krisis bermula, harga minyak mentah dilaporkan meningkat hampir 40 peratus.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Petronas Near Me
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) terus memantau rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan kekal terjamin susulan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat

Menerusi satu kenyataan rasmi, walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara ini masih terkesan memandangkan hampir 40 peratus keperluan minyak mentah negara melalui Selat Hormuz, iaitu laluan perdagangan tenaga yang penting di peringkat global.

Sejak krisis bermula, harga minyak mentah dilaporkan meningkat hampir 40 peratus. Kenaikan ini turut memberi kesan kepada kos penghantaran global, premium insurans serta logistik berkaitan yang meningkat dengan ketara, sekali gus menimbulkan tekanan terhadap keselamatan bekalan bahan api negara.

Dari segi bekalan, permintaan domestik ketika ini masih melebihi tahap pengeluaran tempatan

Bagi menampung kekurangan tersebut, PETRONAS menggunakan rangkaian operasinya melalui anak syarikat bagi memastikan bekalan petrol dan diesel kekal mencukupi.

Langkah tersebut membolehkan syarikat itu menampung hampir 50 peratus keperluan pasaran sehingga Mei 2026.

Selebihnya, bekalan bahan api di Malaysia disokong oleh syarikat minyak lain yang turut beroperasi dalam negara.

Dalam pada itu, harga runcit bahan api di Malaysia masih ditetapkan oleh kerajaan melalui Mekanisme Harga Automatik. Walaupun berdepan tekanan global, kerajaan kekal mengekalkan subsidi bagi RON95 dan diesel bagi mengurangkan beban rakyat, sekali gus memastikan harga bahan api negara kekal antara yang terendah di rantau ini.

Pada masa yang sama, PETRONAS akan terus bekerjasama dengan kerajaan serta pihak berkaitan bagi menangani sebarang kemungkinan gangguan dan memastikan keselamatan tenaga negara terus terpelihara.

"Memandangkan tempoh serta skala sebenar konflik di Iran masih tidak menentu, Petronas menggesa penggunaan tenaga secara lebih cekap oleh industri dan orang ramai," jelasnya.

Lihat kenyataan di bawah:

#

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: