Pesakit Boleh Buat Aduan Melalui C-CAMPSJika Hospital Swasta Caj Bil Berlebihan
Pemantauan serta audit terhadap hospital swasta bagi memastikan tiada caj rawatan berlebihan dikenakan kepada pesakit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) kini mempertingkatkan pemantauan dan audit ke atas hospital swasta
Menurut laporan Kosmo!, langkah ini bertujuan untuk memastikan tiada caj rawatan berlebihan dikenakan kepada pesakit.
Beliau memberitahu tugas ini dijalankan oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (C-CAMPS).
Unit tersebut bertanggungjawab memastikan semua kemudahan kesihatan swasta mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk mengendalikan sebarang aduan mengenai caj rawatan yang dikenakan.

Pesakit boleh guna saluran tersedia untuk membuat aduan
Datuk Lukanisman Awang Sauni turut menjelaskan saluran yang tersedia untuk pesakit membuat aduan mengenai caj berlebihan di hospital swasta.
"Pesakit boleh menyalurkan aduan kepada C-CAMPS melalui portal, talian telefon, surat rasmi atau hadir sendiri ke pejabat C-CAMPS di Putrajaya atau J-CAMPS di peringkat negeri.
"Ia merupakan platform bagi memastikan hospital swasta patuh kepada peruntukan undang-undang berkaitan caj rawatan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Vell Paari Samy Vellu di Dewan Negara hari ini.

Lukanisman menyatakan KKM mengambil inisiatif untuk mengaktifkan semula Jawatankuasa Mekanisme Aduan melalui kerjasama strategik dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan pemain industri perubatan serta insurans.
Tindakan ini bertujuan mewujudkan protokol tuntutan insurans yang lebih telus.
"Di peringkat dasar, jawatankuasa bersama itu menyelaras tindakan rentas kementerian melibatkan isu kadar bayaran, pematuhan dan intervensi kos.
"Ia juga akan memacu pembangunan produk asas insurans atau takaful perubatan bagi meningkatkan ketelusan dan menstabilkan inflasi kos dalam sektor swasta," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 