#Bersih5: Pertembungan Merah Vs Kuning Di Masjid Jamek, Penyokong Baju Merah Dakwa Disepak
Keadaan masih terkawal.
Cover image via postimg.org#Bersih5: Peserta kumpulan baju merah mendakwa ada di antara ahli mereka telah disepak oleh peserta Bersih ketika kedua-dua kumpulan tersebut bertembung di sekitar LRT Masjid Jamek
Dalam laporan [Sinar Online](http://www.sinarharian.com.my/semasa/baju-merah-dakwa-disepak-1.588109) sebentar tadi, **Ketua Pemuda Bandar Bukit Jalil, Alif Tafid** mendakwa kedua-dua kumpulan berkenaan terpaksa bertembung di Masjid Jamek sehingga menyebabkan tiga daripada peserta baju merah disepak tanpa disedari.
Ternyata hasrat kumpulan baju merah untuk berhimpun di Dataran Merdeka tidak kesampaian apabila mereka diarahkan untuk berhimpun di Padang Merbok
Bagaimanapun, laporan dari The Star tengahari tadi memberitahu bahawa seorang penyokong Baju Merah telah ditahan di Padang Merbok
Beliau dilaporkan ditahan kerana telah menyepak salah seorang penyokong Bersih ketika berada di sana.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 11 pagi sewaktu penyokong Bersih melalui kawasan tersebut untuk ke Dataran Merdeka.
Image via Malaysiakini/Facebook
MOST READ


