Pertama Kali Di Malaysia, Netizen Terpegun Tengok Persembahan Orkestra Live Dalam Tren KTMB
Wow, best best!
Cover image via KTM Berhad (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, KTM Berhad membuat satu kelainan apabila pasukan orkestra membuat persembahan secara langsung di dalam tren
Menerusi video berdurasi 2 minit 45 saat yang dimuat naik di laman Facebook KTM Berhad, persembahan hebat itu dilakukan oleh kumpulan SMACH WIND ORCHESTRA (SWO) dari Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan.
Difahamkan, persembahan mereka dibuat bersempena program Keretapi Sarong Pasir Mas.



Apa yang lebih menarik, persembahan live itu merupakan kali pertama dilakukan dalam Malaysia
Pasukan tersebut mempersembahkan lagu Keranamu Malaysia dengan begitu harmoni dan merdu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut terpegun melihat persembahan mereka yang hebat.
Antara komen netizen di Facebook:



Lihat video penuh di bawah:
MOST READ


