Persembahan Memukau Zaki Yamani & Ahmad Merrah Warnai Pembukaan Separuh Akhir AJL40

Sebijik suara ayah diaorang ya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Dania Hamdan (SEISMIK)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pentas Separuh Akhir AJL40 (SFAJL40) dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Zaki Yamani dan Ahmad Merrah

Zaki menyanyikan lagu Aku Penghibur nyanyian asal ayahnya, Datuk Jamal Abdillah. Manakala Ahmad Merrah pula mendendangkan lagu ayahnya, Sejati.

Mereka kemudian bergabung tenaga vokal menerusi lagu Gerhana. Ia mendapat sorakan penonton kerana lontaran suara kedua-duanya yang dikatakan sama seperti bapa mereka.

Instagram will load in the frontend.

Pusingan penentuan kini bermula! Sebanyak 20 karya yang akan berentap di Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA) setelah diumumkan pada 5 April lalu

Bersempena edisi ke-40 Anugerah Juara Lagu (AJL), TV3 menyuntik kelainan dengan menyenaraikan 20 karya tumpuan untuk bersaing di peringkat Separuh Akhir daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik-Muzik 40 (MM40).

AJL40 SA akan bersiaran secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026 (Jumaat & Sabtu), jam 9.00 malam di TV3 serta strim secara eksklusif di Tonton.

Kesemua 20 karya ini akan bersaing untuk merebut tempat ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40).

Sidang produksi AJL40 SA diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit.

Musim ini disokong oleh Xtra, Seismik dan OhBulan! sebagai rakan digital, serta Hot FM dan Kool FM sebagai rakan radio.

AJL40 SA akan dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Sissy Iman. Barisan juri diketuai oleh Dato Acis dengan LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis yang turut memegang peranan sebagai juri.

Gunakan #SFAJL40 & #GenerasiSelamanyaJuara untuk terus menyertai perbualan di media sosial

Syok layan SFAJL40 tapi dah kena keluar rumah? Tonton kan ada! Bukak tonton & layan je SFAJL dari mana-mana anda berada. Jangan lupa teka finalis AJL dekat media sosial Tonton untuk menang tiket AJL ok!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan X di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik