Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Tolak Cadangan Untuk Panjangkan Lagi Cuti Paterniti

Fleksibiliti, bukan cuti lebih panjang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Star & MajalahPaMa
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) baru-baru ini menolak cadangan memanjangkan cuti paterniti lebih dari tujuh hari

Menurut laporan dari MediaSelangor, MEF mengatakan cuti paterniti ini jika melebihi tujuh hari bakal menambah kos operasi kepada perniagaan terutamanya perniagaan mikro, kecil dan sederhana.

Presiden MEF, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata, pihakbya mengakui tentang kepentingan bapa dalam penjagaan anak, tetapi penambahan cuti mesti seimbang perniagaan.

"Cuti paterniti yang sedia ada sudah mewakili langkah progesif mengiktiraf bapa dalam penjagaan anak-anak." katanya.

SAYS.com
Image via The Star

"Untuk memastikan tanggungjawab yang sama diantara lelaki dan wanita dalam membesarkan anak-anak boleh didapati dengan penyusunan lebih fleksibel, ini lebih baik dari menambahkan cuti berkanun untuk majikan." kata beliau.

Fleksibiliti, bukan cuti lebih panjang

Syed Hussain mengatakan cuti lebih panjang akan menggangu syarikat kecil.

Bilangan staf yang terhad disebabkan cut lebih panjang akan memberi impak kepada jalan kerja, servis penghantaran dan produktiviti.

SAYS.com
Image via PEXELS

Majikan juga akan menanggung kos dengan bayaran lebih masa atau memerlukan penggantian sementara.

MEF lebih bersetuju dengan cadangan kerja lebih fleksibel, bantuan penjakaan anak-anak, dan program mempromosikan tanggungjawab ibu bapa tanpa menambah beban kos kepada majikan.

"MEF menegaskan objektif untuk menguatkan hubungan keluarga sangat dipuji, memanjangkan cuti paterini melebihi tujuh hari bukan cara yang praktikal dan seimbang," tambahnya lagi.

MEF sedar negara seperti Sweden, Norway dan Finland telah mengimplimentasikan skim ibu bapa tetapi masih mempunyai produktiviti yang tinggi.

SAYS.com
Image via Unicef

Namun, amalan ini tidak semestinya sesuai untuk Malaysia kerana berbezaan struktur, ekonomi dan budaya.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai ekonomi yang memerlukan buruh lebih intensif seperti sektor pembuatan, pembinaan dan servis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: