“Persaingan Yang Sihat” – Ramai Teruja ZUS & Mixue Masuk Bazar Ramadan, Minuman Dijual Serendah RM3.90

Wah, dah boleh beli dekat bazar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ngomel._ (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehadiran jenama besar seperti ZUS Coffee dan Mixue di Bazar Ramadan tahun ini mencetuskan fenomena "persaingan sihat" yang amat dialu-alukan oleh orang ramai

Terutamanya apabila mereka menawarkan minuman pada harga serendah RM3.90.

Kemunculan gergasi minuman ini dilihat sebagai satu alternatif yang melegakan di saat rata-rata pengunjung mengeluh dengan kenaikan harga juadah berbuka yang semakin melambung tinggi.

Malah, ramai pelanggan mula menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap segelintir peniaga kecil yang menjual air balang pada harga tidak masuk akal dan dianggap tidak berpatutan bagi minuman yang hanya berasaskan kordial dan ais.

SAYS.com
Image via @ngomel._ (Threads)

Ramai suka kemasukan jenama tersebut, berharap agar peniaga lain juga dapat letak harga berpatutan

Langkah strategik ini nyata mendapat sokongan padu daripada orang ramai yang rata-ratanya menyambut baik kemasukan jenama tersebut ke tapak bazar.

Rata-rata pengunjung berharap agar kehadiran mereka dapat menjadi penanda aras serta memberi kesedaran kepada peniaga lain untuk mula meletakkan harga jualan yang lebih mesra poket.

Difahamkan, ZUS Coffee menawarkan minuman pilihan pada harga RM3.90, manakala Mixue pula menjual menu kegemaran ramai bermula dengan harga serendah RM4 sahaja.

SAYS.com
Image via @ngomel._ (Threads)
SAYS.com
Image via @ngomel._ (Threads)

Keadaan ini secara tidak langsung mewujudkan persaingan sihat yang memaksa peniaga air balang dan juadah lain untuk menilai semula harga jualan mereka agar lebih kompetitif dan berpatutan.

Hal ini dianggap penting kerana kebelakangan ini, ramai pelanggan mendakwa harga yang ditawarkan di bazar semakin tidak masuk akal dan tidak setimpal dengan kualiti yang diberikan.

Dengan adanya pilihan daripada jenama besar pada harga mampu milik, peniaga kecil kini perlu lebih kreatif dan jujur dalam meletakkan harga supaya tidak terus dipulaukan oleh pengunjung yang semakin bijak menilai.

SAYS.com
Image via @ngomel._ (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik