Perodua Traz Kini Secara Rasmi Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM76,100

Para pelanggan digalakkan untuk melawat bilik pameran Perodua untuk pandu uji dan membuat tempahan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Perodua (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perodua secara rasmi memperkukuh dominasinya dalam pasaran SUV kompak tempatan menerusi pelancaran model terbaharu, Perodua Traz

Menurut laporan Harian Metro, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, memaklumkan bahawa pembangunan model ini melibatkan pelaburan berjumlah RM563 juta yang bermula sejak Mei 2021.

Menariknya, Perodua Traz mencatatkan kadar kandungan tempatan setinggi 95 peratus, yang dijangka akan memacu impak positif terhadap rantaian bekalan dan ekosistem pembuatan komponen automotif negara.

"Model Traz dihasilkan di kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd di Sungai Choh, Rawang, dan dijangka memberi sumbangan positif kepada prestasi pendaftaran kenderaan Perodua bermula 2026 dan seterusnya," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP/Nabila Adlina Azahari

Harga bermula antara RM76,100 hingga RM82,000

Perodua Traz diperkenalkan dalam dua pilihan varian, iaitu X dan H, dengan harga kompetitif bermula dari RM76,100 sehingga RM82,000.

Model ini dijana oleh enjin 1.5 liter 2NR-VE DVVT-i yang menghasilkan kuasa 105hp dan tork 138Nm.

Gandingan enjin ini bersama transmisi D-CVT membolehkan Traz mencatatkan kecekapan bahan api luar biasa sehingga 21.3 km/l (berdasarkan Mod Kitaran Pemanduan Malaysia).

Dari segi praktikaliti, varian ini dilengkapi dengan Power Back Door beserta Kick Sensor serta corong penyaman udara belakang untuk keselesaan penumpang.

Traz ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik, termasuk rona dwi-tona Electric Blue dengan bumbung hitam.

Penghantaran pertama bagi pelanggan di Semenanjung Malaysia dijangka bermula dalam masa terdekat.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: