Permohonan UPUOnline Sesi 2026/2027 Bakal Dibuka Mulai 29 Januari Hingga 23 Mac Ini

Sementara itu, KPT memaklumkan bahawa fasa kedua permohonan bagi lepasan STPM atau setaraf akan dibuka pada 13 April hingga 15 Mei 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Sinar Bestari
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) melalui sistem UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027 akan dibuka mulai 29 Januari hingga 23 Mac 2026 bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta fasa pertama lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via CANSELORI USIM – Universiti Sains Islam Malaysia

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa fasa kedua permohonan bagi lepasan STPM atau setaraf akan dibuka pada 13 April hingga 15 Mei 2026.

Menurut KPT, permohonan UPUOnline melibatkan kemasukan ke program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda di 20 universiti awam (UA), 36 politeknik, serta 106 kolej komuniti, termasuk dua institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh negara.

"Permohonan adalah terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan STPM atau setaraf bagi semua program pengajian pada fasa permohonan lepasan SPM dan fasa pertama lepasan STPM atau setaraf.

"Namun, bagi fasa kedua lepasan STPM atau setaraf, hanya program pengajian yang tidak memerlukan temu duga dan/atau ujian sahaja akan ditawarkan,"
jelasnya.

Dalam pada itu, KPT memaklumkan bahawa pembelian nombor pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Januari 2026, dengan harga RM10.60 termasuk caj perkhidmatan

SAYS.com
Image via Malaysian Institute of Accountants – MIAImage via

Kaedah pembelian nombor pin disediakan melalui 387 kaunter cawangan BSN, 843 mesin juruwang automatik (ATM) BSN, serta perbankan internet myBSN.

"BSN akan mengeluarkan nombor pin UPUOnline berserta salinan resit pembayaran. Calon dinasihatkan untuk menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian bagi tujuan rujukan," katanya lagi.

Selain itu, KPT turut menggalakkan calon yang layak untuk memohon kemasukan ke 363 program pengajian bagi lepasan SPM dan 1,146 program pengajian bagi lepasan STPM atau setaraf yang ditawarkan oleh universiti awam, politeknik, kolej komuniti serta institusi di bawah MARA.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan UPUOnline boleh diajukan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, di Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya, atau dengan menghubungi 03-8684 2363, serta melalui e-mel di [email protected].

Lihat posting di bawah:

SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Tinggi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: