Perlis, Kelantan & Terengganu Catat Kadar Tarif Air Tertinggi Bermula 1 Ogos Ini

Ia susulan pewartaan struktur baharu tarif air yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadar tarif air bagi pengguna domestik di hampir seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mengalami kenaikan bermula 1 Ogos ini

Ia susulan pewartaan struktur baharu tarif yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menerusi laporan Sinar Harian, kenaikan ini melibatkan peningkatan purata sebanyak 20 sen bagi setiap meter padu, menjadikan kadar baharu RM2.75 berbanding RM2.55 sebelum ini.

Bagaimanapun, negeri Perak dikecualikan daripada pelarasan ini bagi kategori pengguna domestik.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Beberapa negeri menyaksikan perubahan dalam caj minimum bulanan

Dalam pada itu, eberapa negeri turut menyaksikan perubahan dalam caj minimum bulanan.

Bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, caj minimum kekal pada kadar RM6.50 sebulan, manakala Johor mengekalkan kadar RM10.50.

Perlis pula menyaksikan kenaikan caj minimum daripada RM7.20 kepada RM8.80, manakala di Kelantan ia meningkat daripada RM6.80 kepada RM8.00.

Manakala, negeri Terengganu, pengguna domestik dengan penggunaan tinggi akan terkesan dengan kenaikan yang lebih ketara, dengan kadar tambahan masing-masing RM0.86 dan RM1.17 bagi peringkat penggunaan kedua dan ketiga.

SPAN memaklumkan tarif baharu ini adalah langkah menyelaras struktur tarif air yang lebih mampan

Sebelum ini SPAN memaklumkan bahawa pelaksanaan tarif baharu itu merupakan sebahagian daripada usaha menyelaras struktur tarif air yang lebih mampan, selain membolehkan operator air negeri menampung kos operasi dan penyelenggaraan sistem bekalan air secara lebih berkesan.

Malah, kerajaan turut memberi jaminan bahawa semakan tarif ini mengambil kira kemampuan rakyat, dan langkah-langkah mitigasi akan dilaksanakan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban.

Sebanyak 10 negeri telah mengemukakan permohonan rasmi bagi semakan semula tarif air domestik. Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Perak mengambil pendekatan berbeza dengan tidak menaikkan kadar tarif air bagi pengguna domestik. Sebaliknya, pelarasan hanya dibuat untuk kategori bukan domestik termasuk industri perkapalan dan sektor komersial.

SPAN sebelum ini menjelaskan bahawa pelaksanaan tarif baharu merupakan sebahagian daripada usaha penyelarasan struktur tarif air secara mampan, agar dapat menampung kos operasi semasa dan memperkukuh sistem bekalan air negara.

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via Image via

Kenaikan tarif kali ini melibatkan peningkatan purata sebanyak 20 sen bagi setiap meter padu, menjadikan kadar baharu RM2.75 berbanding RM2.55 sebelum ini. Ini merupakan pelarasan kedua sejak Februari 2024, di mana semakan pertama melibatkan peningkatan antara 22 hingga 29 sen bagi kategori domestik.

Langkah pelarasan ini juga dilihat mampu memberikan ruang kepada operator air negeri untuk mempercepat penggantian paip lama, menaik taraf loji rawatan air, dan mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW), ia satu langkah penting ke arah menjamin kelestarian bekalan air dalam jangka panjang.

Walaupun kadar tarif air berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sebarang perubahan perlu mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan di bawah peruntukan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Pelaksanaan struktur baharu tarif ini turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna. Ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan kos hidup, manakala sebahagian lain menyokong langkah ini atas dasar keperluan jangka panjang sistem bekalan air negara.

Sebagai langkah mitigasi, pelarasan tarif ini juga membuka ruang kepada kerajaan negeri untuk merangka skim bantuan bersasar, khususnya untuk isi rumah berpendapatan rendah, agar tidak terbeban dengan perubahan tarif yang akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: