Perkhidmatan ETS Laluan KL Sentral-JB Sentral Ditambah Bermula Januari 2026

Berita baik buat pengguna setia tren dan kaki travel!

Enlarge text
Cover ImageCover image via SETHLUI.com & Malay Mail
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan perkhidmatan tren tambahan bagi sektor selatan dan Pantai Timur bermula 1 Januari bagi meningkatkan kapasiti, kesalinghubungan dan keselesaan perjalanan

Menurut laporan Malay Mail, KTMB memaklumkan empat perkhidmatan tambahan Electric Train Service (ETS) akan ditambah bagi sektor selatan untuk laluan KL Sentral–JB Sentral–KL Sentral, menjadikan keseluruhan lapan perkhidmatan harian.

Bagi laluan terus JB Sentral–Padang Besar pula, dua perkhidmatan sedia ada Padang Besar–Segamat–Padang Besar akan dilanjutkan sehingga JB Sentral, sekali gus membolehkan akses terus tanpa pertukaran tren dari utara Semenanjung ke Johor Bahru.

SAYS.com
Image via SETHLUI.com

"Ini melengkapkan objektif Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru dalam mewujudkan rangkaian rel berterusan yang menghubungkan wilayah ekonomi utara dan selatan," katanya.

Sementara itu, dua perkhidmatan tambahan Shuttle Timuran (Gemas–Kuala Lipis) akan diperkenalkan, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada enam perjalanan harian

"Inisiatif ini memberi manfaat kepada penumpang Pantai Timur, khususnya mereka yang ingin ke Johor Bahru, dengan membolehkan mereka menaiki ETS3 melalui transit di Stesen Gemas," tambahnya.

KTMB turut memaklumkan jualan tiket akan dibuka pada jam 12 tengah hari ini bagi tempoh perjalanan enam bulan sehingga Mei, bertujuan memenuhi permintaan penumpang terutama ketika cuti umum dan musim perayaan seperti Thaipusam, Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

SAYS.com
Image via Malay Mail

Tiket boleh dibeli menerusi aplikasi KITS Style, laman web rasmi KTMB dan mesin kiosk KTMB.

Dalam kenyataan sama, Ketua Pegawai Teknikal KTMB merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (pemangku), Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata, siapnya laluan rel elektrik dari Padang Besar ke Johor Bahru mengukuhkan rangkaian rel nasional.

"Ia menandakan satu bab baharu ke arah sistem pengangkutan rel yang lebih mampan, moden dan berorientasikan rakyat," katanya sambil menambah bahawa ia memperluaskan pilihan mobiliti awam yang lebih selamat, cekap dan selesa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: