Isu ‘Admin WhatsApp Boleh Dipenjara’ Jadi Bahan Troll Orang Ramai. Geli Hati Kami Baca!
Baik letak jawatan sekarang.
Cover image via SAYSIni bukanlah gurauan ataupun berita palsu, anda mungkin dipenjara atas kesalahan ini
Image via BuzzFeed
Berita ini telah mula tersebar sejak semalam lagi apabila ramai netizen berkongsi keratan akhbar dari Berita Harian di bawah
"Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya lagi.
Bila terdengar berita ini, bunyinya seperti tidak serius tetapi hal ini bukanlah gurauan. *Admin* WhatsApp kini mempunyai tanggungjawab yang besar jika gagal menghalang penyebaran maklumat palsu dalam *group chat* mereka.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, beliau berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap *admin* terbabit.
Jadi apakah antara perkara yang boleh membuatkan admin WhatsApp dipenjara?
Bagi undang-undang ini, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan *admin* WhatsApp dipenjara atas kecuaian mereka dalam mentadbir kumpulan tersebut. Antara perkara yang dikatakan itu ialah:
1. Menyebar maklumat palsu sehingga dapat mengancam keselamatan negara.
2. Menyebar maklumat berunsur fitnah ataupun tidak sahih.
3. Melakukan penipuan dan bersumberkan bukan dari pihak berkuasa.
4. Pendedahan komunikasi yang dilarang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
*Admin* WhatsApp perlulah mengambil tahu tentang semua isi maklumat yang dikongsikan di dalam kumpulan *chat* mereka. Sekiranya didapati ahli mereka menghantar maklumat yang mempunyai unsur-unsur seperti perkara di atas, *admin* wajib menegur dan menghalang maklumat itu daripada tersebar.
Sejak berita ini keluar semalam, Harry pun dah tak sanggup nak jadi admin sampai terus leave group sepantas kilat!
Image via MGAG/Facebook
Harry Potter yang ada kuasa pakai tongkat sihir pun takut weh!
Takut nak masuk lokap sorang-sorang, admin terus kongsi jawatan dengan semua ahli. Ini baru dinamakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Image via Facebook
Image via OfarMusa/Facebook
Yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama.
Perbualan dalam lokap mungkin akan berbunyi begini pada masa akan datang. Hmm..
Image via Twitter
Cuba bayangkan korang betul-betul kena masuk lokap sebab jadi *admin* WhatsApp. Tak rasa sedih ke?
Kalau admin ada dalam group yang baik-baik, maka terselamatlah dia. Tengok tu, Tan Sri Khalid pun approved.
Image via Twitter
Ketua Polis Negara sendiri dah luluskan. *Say bye bye to* penjara!
Orang dah kata, benda macam ni mana boleh buat main. Kan dah kena marah!
Image via MatNor Wazza/Facebook
Takpe, sat lagi pujuklah balik. 😛
Kat India dah pernah jadi. Adakah Malaysia bakal menyaksikan tragedi berdarah hanya kerana WhatsApp?
Image via Blogspot
Fuuhh, ganas! Minta dijauhkan dari segala malapetaka. Hati-hati ya para *admin* sekalian.
Daripada kena penjara, lebih baik admin kena belanja Pizza kan? Kalau Dominos yang mentadbir negara mungkin undang-undang ni boleh jadi kenyataan.
Image via Dominos Malaysia/Facebook
Tapi ada syarat, *admin* WhatsApp tu kena cun. Emmm, kalau tak cun macam mana ya?

