“Perempuan Tugasnya Kemas Rumah & Kangkang Je?” – Mek Yun Tampil ‘Sound’ Video DMA Islam

Video itu mencetuskan kemarahan ramai selepas DMA Islam mengeluarkan kenyataan terbabit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @mekyunnnn (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh media sosial, Mek Yun, baru-baru ini tampil menyelar kenyataan yang dibuat oleh personaliti media sosial sensasi, DMA Islam, berhubung isu peranan wanita dalam keluarga

Dalam reaksinya, Mek Yun menegaskan pandangannya bahawa kenyataan berkenaan dilihat terlalu stereotaip dan tidak mencerminkan realiti sebenar peranan wanita dalam institusi kekeluargaan masa kini.

Malah, video tersebut terus mencetuskan kemarahan ramai selepas DMA Islam mengeluarkan kenyataan sedemikian.

SAYS.com
Image via @mekyunnnn (TikTok)

Mek Yun tak setuju dan selar kenyataan DMA Islam

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @mekyunnnn, dia menyuarakan kritikan terhadap kenyataan yang dibuat oleh personaliti kontroversi, DMA Islam, berhubung peranan wanita dalam keluarga.

Menurut Mek Yun, kenyataan DMA Islam yang menyebut bahawa "Perempuan tugasnya kemas rumah dan kangkang je" kepada suami jelas merendahkan martabat wanita dalam masyarakat moden.

Bukan itu sahaja, Mek Yun turut menegaskan kritikan terhadap pandangan bahawa suami yang menukar lampin anak dianggap pemalas dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, kerana ia menafikan realiti peranan suami secara adil dalam keluarga.

Mek Yun menekankan bahawa pandangan sedemikian bukan sahaja tidak relevan dengan kehidupan semasa, tetapi juga menidakkan sumbangan signifikan wanita dalam pelbagai bidang, termasuk pekerjaan, pendidikan, dan pengurusan rumah tangga secara seimbang bersama suami.

Lihat video di bawah:

@mekyunnnn

"Perempuan tugasnya kemas rumah dan kangkang je" EWW wujud lagi eh lelaki macam ni? 🤮

♬ original sound – Mekyun – Mekyun

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik