Perbicaraan Kes Amang Seksual Naim Daniel & Remaja Perempuan 17 Tahun Bermula Hari Ini
Difahamkan, Naim Daniel tidak akan disekat daripada meneruskan aktiviti seni ketika perbicaraan berlangsung.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel kerana didakwa melakukan amang seksual bermula hari ini
Kes yang didakwa ke atas Naim Daniel ialah kes amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun.
Menurut laporan dari Berita Harian , kes ini akan berjalan selama tiga hari di hadapan Hakim Mahkamah Datin M Kunasundary.
Keputusan akan dibuat selepas hujah kedua-dua pihak
Naim Daniel juga tidak akan disekat dari membuat persembahan.
Dia kini berdepan tuduhan melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan tersebut di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 19 Mei lalu.
Pada 17 Jun lepas, Naim telah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Kes ini akan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Seperti yang dilaporkan, Naim Daniel bebas untuk meneruskan aktiviti seni walaupun kesnya masih berjalan dan tiada sebarang perintah mahkamak atau sekatan undang-undang menghalang Naim dari meneruskan aktiviti seninya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 