Penuntut Universiti Kini Direman Polis 4 Hari, Disyaki Hina Agama Islam & Pijak Al-Quran
Difahamkan, laporan polis telah dibuat oleh bapa suspek sendiri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penuntut sebuah universiti tempatan di Kuantan direman selama empat hari bagi membantu siasatan susulan penularan gambar yang memaparkan seorang lelaki dipercayai memijak Al-Quran dan memuat naiknya di media sosial
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Ashari Abu Samah berkata, penuntut berusia 21 tahun itu ditahan awal pagi selepas satu laporan polis dibuat oleh bapanya sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Difahamkan, laporan berkenaan dibuat susulan kebimbangan terhadap hantaran yang dimuat naik anaknya berkaitan penghinaan terhadap kitab suci umat Islam itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah
Image via Berita Harian"Dalam kejadian itu, anak pengadu berusia 21 tahun memuat naik gambar menghina kitab suci agama Islam di media sosial miliknya.
"Pengadu datang ke balai polis bersama anaknya dengan tujuan memohon maaf kepada orang Islam.
"Tindakan itu dilakukan pengadu kerana bimbang keselamatan anaknya selepas membuat hantaran menghina Islam di media sosial," katanya.
Sejak semalam, media sosial kecoh dengan penyebaran gambar yang memaparkan kaki seorang lelaki memijak Al-Quran selain tangkap layar hantaran dipercayai milik penuntut universiti awam terbabit

Gambar sekadar hiasan.
Image via IslamiTurut tersebar ialah gambar suspek serta tangkap layar komen yang didakwa mengandungi penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat.
Ashari berkata, susulan laporan diterima, pihak polis bertindak menahan suspek untuk siasatan lanjut. Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 28 Februari.
"Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri hingga boleh menggugat ketenteraman awam," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melakukan tindakan menghina agama lain yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 