Penumpang Dakwa Tunggu Hingga 6 Jam, Tuntutan Bagasi Di KLIA Jadi ‘Nightmare’

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan KLIA sudah tampil memberi penjelasan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa penumpang meluahkan rasa kecewa selepas terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna mendakwa ada penumpang yang menunggu sehingga empat jam, malah ada yang mencecah enam jam hanya untuk bagasi keluar.

Lebih memburukkan keadaan, sistem paparan tali sawat bagasi dikatakan berubah-ubah dari belt G ke belt A, menyebabkan penumpang terpaksa berulang-alik dalam keadaan keliru.

"Ada yang tunggu 6 jam, ada yang miss flight, ada yang nak pengsan sbb lama tunggu. Memalukan kejadian ini terutama dalam usaha menarik pelancong ke Malaysia," tulisnya.

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Pihak pengurusan KLIA tampil beri penjelasan

Menurut laporan Kosmo!, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad tampil memberi penjelasan.

Menurut mereka, gangguan berpunca daripada masalah bekalan elektrik di stesen janakuasa luar, yang menyebabkan sistem pengendalian bagasi tergendala sementara waktu. Akibatnya, proses penghantaran bagasi menjadi perlahan dan tidak teratur.

Bagi mengurangkan kesesakan, penumpang dibenarkan untuk meninggalkan lapangan terbang terlebih dahulu dan kembali semula kemudian untuk menuntut bagasi mereka.

Difahamkan, pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa sistem kini telah kembali pulih dan operasi berjalan seperti biasa. Pihaknya turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan menzahirkan penghargaan atas kesabaran serta pemahaman penumpang.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik