Pensyarah Kanan Universiti Malaya Disiasat Dakwaan Pengikut Freemason
Difahamkan, siasatan dalaman sedang dijalankan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) disiasat kerana disyaki sebagai pengikut Freemason
Menurut laporan dari Harian Metro, satu siasatan akan dijalankan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perkara itu.
"Proses siasatan akan dilaksanakan secara adil dan telus, selaras dengan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang sedang berkuat kuasa." menurut Universiti Malaya.
Universiti Malaya beri jaminan kes ini akan ditangani secara profesional
Pihak universiti menegaskan setiap perkara akan ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik.

Terdapat satu ciapan di laman sosial di mana terdapat seorang pensyarah UM secara terang-terangan mengaku sebagai ahli Freemason dan meminum minuman keras.
Orang ramai dinasihatkan agar memberi masa kepada UM untuk melakukan proses siasatan yang sedang berjalan dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang tidak disahkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 