Penjawat Awam Wanita Negeri Sembilan Balik Awal Pukul 2 Petang Setiap Hari Jumaat Sepanjang Ramadan
Langkah ini memberi manfaat kepada kira-kira 2,496 penjawat awam wanita di Negeri Sembilan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik untuk penjawat awam wanita di Negeri Sembilan!
Sepanjang bulan Ramadan ini, mereka dibenarkan pulang lebih awal setiap hari Jumaat, iaitu seawal pukul 2 petang.
Menurut laporan Kosmo!, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan kelonggaran ini adalah sebahagian daripada waktu bekerja fleksi khas Ramadan, khusus untuk penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
Menurut beliau, ia melibatkan kakitangan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan berkanun negeri

"Ini adalah pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan tahun 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang.
"Lepas orang lelaki datang, mereka balik. Ini melibatkan lebih kurang 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini," katanya.
Secara keseluruhan, langkah ini memberi manfaat kepada kira-kira 2,496 penjawat awam wanita di Negeri Sembilan dan ia dilihat sebagai satu inisiatif yang membantu mereka menguruskan urusan rumah tangga dan persiapan berbuka sepanjang Ramadan.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin turut mengumumkan bantuan khas kewangan kepada kira-kira 57,000 pekerja Kerajaan Persekutuan di negeri itu.
Bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM17 juta tersebut dijadualkan akan dibayar pada 14 Mac, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 