Penjawat Awam Ditahan Kantoi Rakam Video Wanita Secara Sembunyi Di Temerloh

Siasatan mendapati penemuan beberapa video mangsa yang dirakam secara sembunyi dalam galeri telefon, selain sejumlah bahan lucah lain yang dipercayai milik suspek.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @erymerah (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penjawat awam berusia 41 tahun ditahan selepas disyaki merakam video seorang wanita secara curi tanpa kebenaran di Pekan Sehari Temerloh, Pahang

Menurut laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku pada 9 November lalu itu turut tular di media sosial apabila video penahanan suspek tersebar luas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata, mangsa berusia 33 tahun menyedari perbuatan mencurigakan suspek sebelum mendapatkan bantuan pengunjung di lokasi untuk menahan lelaki terbabit.

Polis yang tiba tidak lama kemudian melakukan penahanan semula terhadap suspek serta merampas telefon bimbitnya.

SAYS.com
Image via @erymerah (Threads)

Pemeriksaan awal membawa kepada penemuan beberapa video mangsa yang dirakam secara sembunyi dalam galeri telefon, selain sejumlah bahan lucah lain yang dipercayai milik suspek

Difahamkan, polis kini sedang melakukan analisis forensik terhadap kandungan penuh peranti tersebut bagi melengkapkan siasatan.

Suspek ditahan selama 24 jam dan dibebaskan selepas siasatan awal, manakala kes berkenaan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509A Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang melalui rakaman atau pencerobohan privasi.

Lihat Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: