Penjawat Awam Boleh Kerja Dari Rumah Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Dari 23-28 Oktober Ini
Tempoh Bekerja Dari Rumah (BDR) dijadualkan mulai 23 hingga 28 Oktober 2025.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam dari 23 hingga 28 Oktober 2025, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur hujung bulan ini
Menurut laporan Berita Harian, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan langkah itu dibuat bagi menyokong komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memastikan kelangsungan perkhidmatan awam berjalan lancar sepanjang tempoh persidangan berlangsung.
Menurut JPA, pelaksanaan dasar ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, sejajar dengan nilai-nilai teras MADANI seperti kesejahteraan, ihsan, dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

"Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan ketua jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya.
"Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam peraturan yang berkuat kuasa.
"Dasar ini, yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.1.2, bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja-kehidupan (work-life balance).
"Sehubungan itu, sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober tahun ini, Ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang tinggal dalam radius 25 kilometer dari pejabat.
"Mereka adalah penjawat awam yang terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan persidangan tersebut dalam tempoh berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta mesyuarat berkaitan yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober 2025 dijangka menjadi antara penganjuran terbesar dalam sejarah kumpulan serantau tersebut, melibatkan ribuan delegasi dari dalam dan luar negara

"Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya.
"Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam peraturan berkuat kuasa," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 