Penjawat Awam Bakal Terima Bantuan Khas Kewangan RM500 Mulai 13 Mac Ini
Pemberian BKK itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk kakitangan lantikan kontrak, pada 13 Mac ini
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi hantaran di Facebook rasminya menyatakan bahawa bantuan ini bertujuan meringankan beban serta membantu persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi penjawat awam dan pesara.
Selain penjawat awam, kerajaan turut memanjangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada golongan pesara.

Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen, serta veteran tidak berpencen dengan kadar bayaran sebanyak RM250.
BKK Tahun 2026 ini dijadualkan dibayar pada 13 Mac 2026, di mana bayaran tersebut menjadi tanggungan jabatan tempat pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran berkenaan.
Selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967, pemberian BKK ini adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan.




Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 