‘Penjara Orang Gemuk’ Di China Tawar Program Kuruskan Badan Selama 28 Hari Kepada Orang Ramai

Peserta dari seluruh dunia boleh sertai tanpa perlu fasih berbahasa Mandarin atau Kantonis.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @eggeats (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Individu obes yang bertekad untuk melangsingkan tubuh kini mempunyai pilihan untuk mendaftar di sebuah 'penjara orang gemuk' di China

Memetik laporan Sinar Harian, kem tahanan tertutup tersebut menjamin penurunan berat badan pantas melalui pelaksanaan rutin senaman intensif, sesi timbangan berat badan mandatori dan peraturan ketat yang menuntut tahap disiplin tinggi daripada setiap pesertanya.

Seorang wanita warga Australia turut berkongsi pengalamannya menurunkan berat badan di pusat berkenaan.

SAYS.com
Image via @eggeats (Instagram)

Pelbagai aktiviti fizikal yang dijalankan di 'penjara'

Melalui akaun Instagram @eggeats, dia mendokumentasikan penginapannya sejak awal Disember lalu yang melibatkan kos sekitar AS$1,000 (RM4,054).

Pempengaruh berusia 28 tahun itu turut memuat naik video pelbagai aktiviti fizikal yang dijalankan di kem tersebut bagi berkongsi pengalamannya.

Dia menjelaskan bahawa program itu terbuka kepada peserta antarabangsa tanpa syarat kefasihan bahasa Mandarin atau Kantonis.

Walaupun pilihan minimum penginapan adalah selama dua minggu, peserta sangat digalakkan untuk mengikuti program penuh 28 hari bagi mendapatkan hasil yang optimum.

Wanita terbabit mendakwa kaedah ini sangat berkesan apabila beliau berjaya menurunkan 2.25 kilogram dalam masa seminggu dan mencapai pengurangan empat kilogram pada hari ke-14.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik