Penjaga Gol Berlakon Cedera & Lengahkan Masa Untuk Rakan Pasukan Berbuka Puasa

Difahamkan, Anthony Lopes melakukan perkara ini kerana peraturan Ligue 1 Perancis yang ketat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via GiveMeSport & News18
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penjaga gol Nantes dan penjaga gol veteran Portugal, Anthony Lopes, mendapat perhatian apabila sengaja melengahkan masa

Tujuan sebenar dia melengahkan masa adalah untuk memberi peluang kepada rakan sepasukan Muslimnya untuk berbuka puasa ketika aksi Ligue 1 baru-baru ini.

Perlawanan yang berlangsung adalah di antara FC Nantes dan Le Havre AC di Stade de la Beaujoire. Lopes dilihat terjatuh pada minit ke-74 sambil memegang paha kiri seolah-olah mengalami kecederaan.

Tindakan itu sekaligus memaksa pegawai perubatan untuk masuk ke padang dan permainan dihentikan seketika.

Sebenarnya hanya pura-pura untuk rakan beragama Islam

Lopes sebenarnya hanya berpura-pura untuk memberi sedikit masa supaya ahli pasukan beragama Islam berbuka puasa seketika di tepi padang.

SAYS.com
Image via News18

Menurut laporan dari Vocket, peraturan Ligue 1 Perancis mempunyai peraturan di mana pengadil dilarang daripada melakukan perkara menghentikan permainan atas alasan aktiviti keagamaan dan bola sepak idak boleh dicampur aduk.

Peraturan ini dikatakan sedikit kontroversi kerana Ligue 1 adalah liga yang mempunyai ramai pemain beragama Islam.

Lopes ketika itu mempunyai hanya satu cara untuk memastikan rakan-rakannya berbuka puasa walaupun dia beragama Kristian.

Ketika itu, pemain-pemain Islam Nantes terus bergegas ke tepi padang untuk minum air dan memakan kurma untuk berbuka puasa.

Sejurus selepas itu, Lopes bangun semula meneruskan permainan tanpa menunjukkan sebarang tanda kecederaan serius.

Solidariti yang ditunjukkan oleh Anthony Lopes telah dipuji ramai orang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: