Peniaga Belon Di Jalan TAR Perlu Lesen Sah, Pihak Berkuasa Perketat Penguatkuasaan
Aktiviti perniagaan belon dibenarkan dengan syarat memiliki lesen yang sah daripada pihak berkuasa.
Cover image via Jabatan Wilayah Persekutuan (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) kini menetapkan peraturan baharu yang mewajibkan semua peniaga belon di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk memiliki lesen yang sah
Langkah ini diambil bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan di kawasan tersebut, terutamanya menjelang musim Ramadan, dapat diselaraskan dengan lebih teratur dan mematuhi undang-undang.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi JWP, hasil pemantauan berterusan oleh Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan bahawa peniaga belon yang sedang beroperasi di lokasi tersebut kini telah pun mempunyai lesen yang diperlukan.
"Pemantauan yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasa DBKL di Jalan TAR mendapati peniaga belon yang beroperasi kini telah dilesenkan.
"Selaras dengan usaha memastikan keselamatan pengunjung serta suasana perniagaan yang lebih tersusun," katanya.

Bantu peniaga menjalankan perniagaan secara sah dan teratur
Usaha ini turut ditekankan sebagai langkah proaktif bagi menjamin keselamatan serta perlindungan buat para pengunjung yang berkunjung ke kawasan tersebut.
Sehubungan itu, pihak DBKL menegaskan komitmen mereka untuk terus memantau pematuhan lesen secara konsisten agar aktiviti perniagaan di lokasi tumpuan seperti Jalan TAR sentiasa berada dalam keadaan selamat, terkawal, dan sistematik.
Inisiatif ini diambil susulan tularnya sebuah video berdurasi lebih tiga minit pada tahun 2025 yang memaparkan insiden kekecohan antara penjual belon dan pegawai penguat kuasa DBKL.
Sebagai langkah pembaharuan pada tahun ini, aktiviti penjualan belon kini dibenarkan secara rasmi dengan syarat peniaga wajib memiliki lesen yang sah daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



