Peniaga Bazar Ramadan Tak Letak Harga Akan Dikenakan Tindakan 24 Jam – KPDN
Penguat kuasa KPDN akan turun ke bazar Ramadan bagi memantau sebarang elemen pencatutan dan memastikan semua peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) beri amaran tegas kepada peniaga bazar Ramadan supaya patuh peraturan termasuk meletakkan tanda harga, atau berdepan tindakan dalam tempoh 24 jam
Menurut laporan Kosmo!, menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan perkara itu bukan isu kecil dan ia jelas satu kesalahan di sisi undang-undang.
"Ya, itu salah satu undang-undang yang wajib dipatuhi. Kita harap rakan media yang turun ke bazar Ramadan boleh bantu salurkan maklumat jika ada peniaga tidak letak tanda harga.
"Maklumkan bazar mana, kita akan pantau pada kadar segera. Komitmen kita, apa-apa isu berkaitan harga termasuk penandaan harga, kita akan ambil tindakan susulan dalam tempoh 24 jam," katanya.

Penguat kuasa akan turun padang
Menurut beliau, penguat kuasa KPDN akan turun ke bazar Ramadan bagi memantau sebarang elemen pencatutan dan memastikan semua peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas.
Langkah tersebut penting bagi melindungi pengguna daripada caj tidak munasabah, terutama ketika permintaan tinggi sepanjang Ramadan.
Dalam masa sama, kerajaan turut mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi. Ini bagi mengelakkan gangguan rantaian bekalan yang boleh menyebabkan harga naik mendadak.
Jelas beliau, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penstabilan Bekalan sejak tahun lalu yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali
Image via Berita Harian"Jawatankuasa tersebut melibatkan kerjasama rentas kementerian termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi memastikan bekalan mencukupi ketika permintaan meningkat.
"Kalau sebelum ini Perdana Menteri pun ada menyebut sudah dua tahun menjelang perayaan ini tidak ada isu yang terlalu besar.
"Kita akan teruskan untuk pastikan tahun ini pun bukan hanya menjelang Ramadan dan Aidilfitri bagi memastikan isu bekalan ini mencukupi seterusnya mengelakkan harga tidak melambung tinggi," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



