Peniaga Akhirnya Terima Stok Telefon Nokia Selepas Menunggu Selama 16 Tahun

Telefon usang ini menjadi simbol kesabaran dan ironi dunia digital moden.

Enlarge text
Cover ImageCover image via X
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang peniaga telefon bimbit di Tripoli, Libya akhirnya menerima penghantaran telefon Nokia yang ditempah pada tahun 2010

Ia selepas penghantaran itu tertangguh selama 16 tahun akibat konflik perang saudara yang melanda negara itu.

Menurut laporan Sinar Harian, penghantaran berkenaan tiba di premis perniagaannya pada 12 Januari 2026, sekali gus menamatkan penantian panjang yang berlarutan lebih sedekad.

Melalui rakaman video yang tular, peniaga ini berjaya menghiburkan warga maya sambil menyelitkan mesej penting: bagaimana konflik boleh menjejaskan rutin manusia.

Dia menunjukkan bahawa disebabkan situasi tersebut, teknologi yang dahulunya biasa kini menjadi barang koleksi yang menyimpan seribu sejarah.

SAYS.com
Image via XImage via

Konflik di Libya menyebabkan kiriman telefon tertunda lebih sedekad

Laporan media tempatan mendedahkan bahawa peniaga tersebut terpaksa menunggu lebih 10 tahun untuk menerima kiriman telefonnya akibat ketegangan politik dan perang saudara di Libya.

Kelewatan luar biasa ini menjadikan peranti tersebut simbol kesabaran yang ironik; sebuah teknologi yang baru diterima tetapi sudah pun dianggap usang.

Rakaman 'unboxing' yang memaparkan reaksi terkejut dan gembira peniaga itu kini tular di seluruh dunia, mencetuskan pelbagai reaksi netizen terhadap situasi yang jarang berlaku ini.

"Selepas menunggu selama 16 tahun, akhirnya telefon ini sampai. Saya tidak sangka ia akan berlaku.

"Situasi ini mengingatkan kita bahawa konflik boleh melumpuhkan bukan sahaja negara, tetapi juga perkara kecil dalam kehidupan harian," kata peniaga itu.

Selain hiburan dan spekulasi jenaka, kejadian ini membuka mata dunia tentang bagaimana konflik berpanjangan melumpuhkan urusan harian serta akses teknologi asas.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik