Pengunjung Pantai Klebang Terkejut Terima RM100 Daripada ‘Jutawan Pemurah’
Siapa yang lambai tangan akan dapat RM100.
Cover image via @apakesapacerita (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengunjung Pantai Klebang, Melaka menjadi saksi kepada satu kejadian luar biasa apabila seorang individu yang digelar sebagai jutawan menghulurkan wang tunai RM100 kepada orang ramai secara rawak
Menurut laporan Sinar Harian, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai ahli perniagaan, Datuk Salim Abdul Rahman turut ditemani Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.
Beliau kelihatan berada di tepi pantai sambil mengajak pengunjung melambaikan tangan dan sesiapa yang berbuat demikian akan menerima RM100 secara langsung.
Tindakan itu mencetuskan suasana teruja dalam kalangan orang ramai, namun turut mengundang persoalan, Mohd Sany dilihat mengingatkan penerima supaya tidak mengambil wang lebih daripada sekali agar peluang itu dapat dikongsi dengan pengunjung lain.

Perkongsian video berkenaan mengundang pelbagai komen dalam kalangan pengguna media sosial
Ada yang memuji tindakan beliau berkongsi rezeki, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan status pemberian itu serta motif di sebaliknya.
Beliau yang popular di TikTok dengan nama pengguna @ds_sultanpemurah68 dan kini mempunyai lebih 150,000 pengikut.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



