Pengunjung Luah Kecewa, Dakwa Bazar Ramadan Hilang Identiti Asal – “Dah Jadi Food Festival”
Apa pendapat korang? Masih berbaloi ke bazar Ramadan sekarang atau lebih baik berbuka di rumah saja?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bazar Ramadan sememangnya antara momen yang paling dinanti-nantikan setiap kali tibanya bulan puasa
Selain menjadi lokasi wajib untuk membeli juadah berbuka, ia juga sinonim dengan suasana meriah, harga berpatutan serta deretan kuih-muih tradisional yang sukar ditemui pada hari biasa.
Namun, sejak kebelakangan ini, segelintir pengunjung mendakwa suasana bazar Ramadan sudah tidak lagi seperti dahulu.
Menerusi perkongsian di laman Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendapati kebanyakan gerai kini lebih banyak menjual makanan viral seakan-akan festival makanan berbanding juadah tradisional.
"Kecewa dengan bazaar stadium Kota Bharu, hilang terus vibes ramadan yang banyak jual kuih muih. Bagi saya terlampau banyak makanan yang dijual seperti makanan masa food fest. Dia jadi hilang vibes bazaar ramadhan stadium mcm tahun-tahun sebelum ni yang banyak jual kuih muih dan pelbagai lauk….. Ini pendapat saya, mungkin bagi orang rasa okey je," luahnya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Mingguan WanitaSelain kepelbagaian menu yang berubah, isu harga turut menjadi rungutan utama
Beberapa individu mendakwa harga makanan di sesetengah bazar kini dianggap tidak lagi 'mesra poket'.
Ada yang berkongsi senarai harga yang didakwa terlalu mahal seperti laksa biasa RM10 dan boleh mencecah RM21 apabila ditambah bahan, chicken tender RM25, empat biji karipap kentang RM10 serta empat popia basah RM10.
Situasi itu membuatkan ada pengunjung memilih untuk tidak membeli apa-apa kerana merasakan harga yang dikenakan tidak berbaloi.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 