Pengunjung Kecewa Air Terjun Dicemari Buih Syampu – “Datang Nak Tenang, Dapat Bau Sabun”

Tak ada common sense betul ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @z.lee.k (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang menggunakan sabun dan syampu ketika mandi di kawasan air terjun kembali mencetuskan rasa tidak puas hati netizen

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya di laman Threads selepas mendapati air sungai di sebuah taman eko rimba di Selangor dipenuhi buih sabun ketika dia sedang bermandi-manda bersama keluarga.

Menurutnya, kehadiran buih serta bau sabun yang kuat jelas menjejaskan suasana semula jadi yang sepatutnya menjadi daya tarikan utama kawasan tersebut.

Situasi itu bukan sahaja mengganggu pengunjung lain, malah menimbulkan kebimbangan terhadap tahap pencemaran air di lokasi pelancongan alam semula jadi.

SAYS.com
Image via @z.lee.k (Threads)

Di ruangan komen, rata-rata pengguna turut mengecam perbuatan berkenaan, menyifatkannya sebagai tidak beradab dan merosakkan alam sekitar

Peraturan di kebanyakan kawasan rekreasi sememangnya melarang penggunaan produk kimia seperti sabun, syampu dan detergen kerana bahan itu boleh menjejaskan kualiti air, membunuh mikroorganisma penting dan memberi kesan jangka panjang terhadap ekosistem sungai.

Insiden itu sekali lagi membuka perbincangan mengenai kesedaran pengunjung terhadap etika ketika berkunjung ke kawasan alam semula jadi.

Dalam pada itu, ramai berharap tindakan tegas dan lebih banyak penguatkuasaan dapat dilaksanakan bagi melindungi kawasan rekreasi daripada terus tercemar.

Lihat Threads di bawah:

View on Threads