Pengunjung Bazar Ramadan Putrajaya Terkejut Kena Caj Sampai RM5 Untuk Kuah Ayam Percik
Melampaunya sampai RM5, sikit pula tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kunjungan seorang pelanggan ke bazar Ramadan di Putrajaya mencetuskan perbincangan hangat di media sosial selepas dia mendedahkan dikenakan caj RM5 hanya untuk kuah ayam percik
Menerusi satu hantaran di platform Threads, wanita berkenaan berkongsi bahawa dia singgah di sebuah gerai nasi kerabu dan memesan lauk lemak bakar, solok lada serta bawang putih untuk dibungkus.
Menurutnya, ketika membuat pesanan, dia ternampak kuah ayam percik di gerai berkenaan lalu meminta untuk membungkus kuah sahaja.
"Minta nak bungkus lauk lemak bakar + solok lada + bawang putih. Nampak ada kuah ayam percik, minta nak bungkus kuah sahaja. Total RM21.50Kuah ayam percik saja RM5. Hmmm tu je nak cakap, tak nak komen, tak nak komplen," katanya.

Walaupun tidak menyuarakan kritikan secara langsung terhadap peniaga terbabit, perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi netizen
Ada yang mempertahankan peniaga dengan menyentuh kenaikan kos bahan mentah. Seorang pengguna memaklumkan harga santan kini mencecah RM18 sekilogram, sekali gus memberi gambaran mengapa kuah berasaskan santan seperti percik mungkin lebih mahal.
Seorang lagi pengguna pula berpendapat, walaupun santan mahal dan kuah percik perlu pekat, harga RM5 untuk kuah sahaja dianggap agak tinggi.
Dalam masa sama, wanita itu menjelaskan di ruangan komen bahawa dia tidak mengharapkan kuah tersebut diberikan secara percuma, namun terkejut dengan harga yang dikenakan.
Perkongsian itu sekali lagi membuka perbincangan mengenai harga makanan di bazar Ramadan, khususnya melibatkan kos bahan mentah yang semakin meningkat dan persepsi pengguna terhadap nilai yang diterima.
Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 