Penggunaan ‘Alhamdulillah’ Oleh Bukan Islam Sebenarnya Dilarang – Peguam Syarie

Hal ini bertujuan untuk memelihara kesucian istilah-istilah khusus agama Islam daripada disalahgunakan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan kalimah "Alhamdulillah" merupakan antara perkataan yang dilarang untuk merujuk kepada agama selain Islam di kebanyakan negeri di Malaysia

Menurut penjelasan Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, di laman Threads miliknya, tegahan tersebut telah termaktub secara jelas di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dikuatkuasakan oleh sebahagian besar kerajaan negeri di seluruh negara.

Hal ini bertujuan untuk memelihara kesucian istilah-istilah khusus agama Islam daripada disalahgunakan dalam konteks kepercayaan lain mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

SAYS.com

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Image via Utusan Malaysia

Satu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Menurut penjelasan beliau, kalimah "Alhamdulillah" termasuk dalam senarai perkataan yang dilarang penggunaannya bagi merujuk kepada agama selain Islam di kebanyakan negeri, meskipun larangan tersebut tidak dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan.

Dari sudut perundangan, sekiranya individu bukan Islam menggunakan ungkapan tersebut dalam konteks rujukan agama mereka, perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang berkuat kuasa di negeri-negeri berkenaan.

"Ia adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam,"
katanya.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, telah membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat pada Rabu mengenai tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang menggunakan kalimah khusus umat Islam ketika sesi persidangan.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah dilihat seolah-olah mempermainkan kesucian agama Islam itu sendiri.

SAYS.com
Image via @zainulrijal (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: