Pengguna Wajib Daftar Kad Prabayar Melalui MyDigital ID Hujung Tahun Ini
Pengguna boleh mendaftarkan nama sendiri sehingga lima kad SIM bagi satu syarikat telekomunikasi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua kad SIM prabayar wajib didaftarkan menggunakan MyDigital ID mulai hujung tahun ini
Langkah ini bertujuan untuk mengetatkan proses pengesahan usia pengguna dan menjamin keselamatan mereka.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mengatakan pendaftaran nombor telefon prabayar itu adalah salah satu cara untuk mengekang ketirisan daripada segi keselamatan.
Menurut laporan dari Berita Harian, pengumuman ini dibuat selepas mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR).

"Ini akan juga menggunapakai pendaftaran menggunakan MyDigital ID. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan susuli dengan maklumat yang lebih terperinci." katanya.
Menurut Datuk Fahmi Fadzil, pendaftaran menggunakan MyDigital ID dijangkakan menjelang hujung tahun, berkemungkinan pada bulan November atau Disember.
"Jadi pendaftaran itu menggunakan My Digital ID, maka ada beberapa aspek keselamatan yang akan lebih baik," katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata demikian sebagai ulasan mengenai laporan media tempatan mengenai cadangan kerajaan untuk memperketatkan pengesahan usia untuk pelantar media sosial seperti TikTok.
Kelemahan ini pendaftaran kad SIM akan gagal jika pendaftaran kad SIM dan sistem identiti gagal ditangani terlebih dahulu.
Seseorang pengguna boleh mendaftarkan namanya sehingga lima kad SIM bagi satu syarikat telekomunikasi pada satu masa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 