Pengguna Jalan Raya Lembah Klang Dilaporkan Bazir Masa Lebih 500 Jam Dalam Setahun Sebab ‘Jem’

Bertabahlah wahai warga Lembah Klang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NST Online & Lowyat
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berada di dalam kesesakan lalu lintas sudah menjadi norma rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang yang mengambil masa lebih 2 jam sehari untuk berulang alik dari kerja

Kesesakan lalu lintas di Lembah Klang tidak asing lagi buat ramai rakyat Malaysia sehingga banyak perancangan bandar dibuat tetapi masalah kesesakan lalu lintas ini sentiasa berlaku.

Walaupun beberapa syarikat membuat dasar bekerja dari rumah dan waktu bekerja anjal, kesesakan di lebuhraya utama masih tetap berlaku.

Tambahan laluan pejalan kaki yang lebih selamat dan kemudahan lain patut dijadikan teras utama untuk menangani masalah ini.

SAYS.com
Image via Saifullizan Tamadi/ Arkib NSTP


Menurut laporan dari Harian Metro, penjelasan itu dibuat oleh Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim.

Beliau mengatakan gabungan langkah di atas adalah penyelesaian sistematik yang menyeluruh dan lebih baik dari bergantung kepada pembinaan lebuh raya baharu.

Purata seorang penduduk Lembah Klang membazirkan lebih 500 jam setahun dalam kesesakan lalu lintas, bersamaan kira-kira dua jam 15 minit sehari

"Ramai tidak sedar jumlah masa terbuang dalam trafic setiap tahun boleh mencecah lebih 500 jam. Ia bukan saja merugikan individu, tetapi juga negara dari segi kos ekonomi," tambahnya lagi.

Beliau menjelaskan, lokasi kritikal Lembah Klang seperti Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Sungai Besi, Jalan Kuching, Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sangat sinonim dengan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

Terlalu banyak inisiatif diambil tetapi hanya bersifat sementara sahaja dan tidak menyentuh akar punca sebenar.

SAYS.com
Image via Harian Metro


"Jalan raya baharu memang boleh mengurangkan sesak pada awalnya, tetapi lambat-laun ia kembali padat kerana menarik leibh banyak trafik setempat. Jika hanya fokus pada pembinaan jalan raya tanpa strategi lain, kita berisiko membazirkan sumber," ujar beliau.

Bekerja dari rumah mampu memberi kesan yang besar bukan sahaja untuk penyuraian trafik tetapi kualiti produktiviti pekerjaan tertentu.

Ahmad Nazrul mengatakan secara peribadi bekerja di rumah membolehkan beliau lebih memberi fokus kepada tugasan dan menjimatkan masa perjalanan.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek jalan raya disegerakan walaupun dengan kos yang tinggi.

Ahmad Nazrul menambah itu adalah langkah positif apabila pemimpin negara sendiri prihatin dengan isu kesesakan lalu lintas yang dihadapai oleh penduduk di ibu kota dan bandar utama lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: