Pengguna iPhone Bimbang Terima Random ‘Notification’ Untuk Log Masuk Ke Akaun

Hati-hati kalau korang pun dapat notification macam ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Google & @shraaaaa_
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di laman Threads baru-baru ini, seorang individu cemas apabila dia menerima satu notifikasi di telefonnya

Menerusi perkongsian oleh @shraaaaa_, wanita itu terkejut sebaik sahaja notifikasi 'Apple Account Sign In Requested' terpapar di skrin telefonnya.

"Weh guys, aku tiba-tiba dapat notification ni. Tolongggg, benda ni betul ke? Lepas aku tekan do not allow tu, dia suruh tukar password, tapi aku tekan later," katanya.

Image via @shraaaaa_ (Threads)

Susulan itu, ramai mencadangkan beberapa solusi kepadanya

Ada yang menyuruh dia menukar password dan mengaktifkan Two Factor Authentication di telefonnya supaya tidak mudah digodam.

Malah, rupa-rupanya ramai juga yang terkena sepertinya dan berharap tidak berlaku apa-apa perkara yang mencurigakan.

Lihat Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via