Pengetua, PK HEM & Warden Sekolah Arwah Zara Qairina Kini Dipindahkan Sementara Di JPN Sabah

KPM berkata akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha, Papar akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak polis selesai

Keputusan itu dibuat selepas Pasukan Petugas Khas Bukit Aman mengambil alih siasatan kes kematian pelajar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13 tahun.

Menerusi kenyataan di Facebook, KPM berkata akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

"Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini," katanya.

SAYS.com
Image via Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah (Facebook)

KPM turut menegaskan bahawa kes terbabit menjadi keutamaan utama mereka pada masa ini, dengan harapan siasatan dapat dilakukan secara telus demi keadilan kepada keluarga mangsa dan semua pihak terlibat

Kronologi Kes Zara Qairina:

SAYS.com
Image via Kosmo!
  • 16 Julai, 4 pagi – Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah.
  • 17 Julai – Disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
  • 9 Ogos – Kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.
  • Jenazah kemudian selamat dikebumikan semula pada awal pagi Ahad di lokasi yang sama.
  • AGC memaklumkan bahawa langkah menggali semula kubur ini perlu untuk membolehkan siasatan lebih menyeluruh dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

AGC memaklumkan bahawa langkah menggali semula kubur ini perlu untuk membolehkan siasatan lebih menyeluruh dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lihat kenyataan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: